Monday, June 24, 2019

5 Jenis Gitar Yang Paling Popular Di Seluruh Dunia

Bagi mereka yang pernah menyaksikan sendiri kehebatan seorang pemain gitar yang handal bermain muzik, pasti kita akan terpesona mendengar melodi yang dikeluarkan daripada adunan jari jemarinya serta instrumen yang dimainkan. Bagi mereka yang tak kenal tentang gitar, sudah pastilah anda tertanya-tanya kenapa gitar ada bermacam bentuk rupanya.

Setiap gitar mempunyai bentuk yang berbeza untuk mengikut kesesuaian muzik yang dimainkan. Andainya seseorang mahu bermain muzik jazz, dia perlu mendapatkan instrumen yang sesuai. Jika dia pemain muzik irama pop yeh yeh, mungkin tidak sesuai untuk dia memainkan instrumen yang mirip heavy metal. Selain memainkan fungsi menghasilkan bunyi, gitar juga sebenarnya mempunyai identiti mengikut bentuk badan gitar tersebut serta kayu badannya, yang telah sekian lama diwarisi tradisi pembuatannya.
Jom kita belajar serba sedikit asas tentang bentuk badan gitar yang ada dan popular di seluruh dunia.

1. Bentuk 'Stratocaster'

 0144603502 gtr frt 001 rr

 'Strat' amat sinonim dengan gitar berikutan bunyinya sesuai untuk pelbagai jenis muzik, tak kiralah daripada lagu bersifat ringan hinggalah kepada lagu yang membuatkan kita rasa hendak memecahkan kepala. Antara pemain gitar terbaik dunia yang menggunakan strat adalah Eric Clapton, Jimi Hendrix, John Mayer serta gitaris Red Hot Chilli Peppers, John Frusciante.

 2. Bentuk 'Telecaster'

 'Telecaster' bermula sebagai gitar yang popular bagi penggemar muzik country Amerika dan sebenarnya diperkenalkan lebih awal berbanding adiknya, Stratocaster pada tahun 1951. Dibina menggunakan idea-idea yang diperolehi daripada gitar-gitar lama, sebuah Telecaster yang asli adalah sebuah gitar yang sangat senang untuk dijaga dan dibaikpulih.

 0145102550 gtr frt 001 rr 695

 Telecaster diketawakan apabila diperkenalkan dalam pameran dan disamakan dengan pendayung sampan ekoran rupanya yang agak simplistik. Namun apabila dipegang dan dipetik, Telecaster yang asli mempunyai identiti bunyi yang agak berbeza berbanding model-model lain. Bunyinya lebih cerah dan dengungannya pula unik, membuatkan Telecaster amat sesuai untuk muzik country dan blues, selain daripada kumpulan indie rock yang menjadikan penggunaan Telecaster sebagai identiti mereka. Antara artis yang sinonim dengan gitar Telecaster adalah Graham Coxon dari kumpulan Blur, Bob Dylan dan penyanyi country terkenal Amerika, Keith Urban.

 3. Bentuk 'Superstrat'

Dibina berasaskan kepada rekaan asal Stratocaster, Superstrat adalah gitar yang popular namun label 'super strat' bukanlah diberikan secara rasmi. Apa saja jenis gitar yang mirip dengan Stratocaster tetapi mempunyai olahan semula rekaan asalnya tergolong dalam kumpulan 'superstrat.'
Superstrat menjadi popular ekoran tindakan Eddie Van Halen mengubah suai gitarnya sendiri, menggabungkan badan asal Stratocaster dan beberapa peranti lain mengikut cita rasa beliau. Gitar itu diubah suai oleh beliau bagi membolehkan permainan jari yang lebih pantas dilakukan -  lalu lahirlah sebuah gitar terkenal bernama Frankenstrat.
 ibanez rg electric guitar

Melihat sambutan baik orang ramai, syarikat-syarikat gitar seperti Ibanez dan Jackson mula mengeluarkan model-model superstrat sendiri yang mempunyai identiti leher yang lebih nipis, lebih ringan serta rupa yang lebih garang. Model superstrat cukup sinonim dengan gitaris handalan Steve Vai, selepas kerjasama beliau dengan Ibanez menjadikan gitar superstrat melalui siri Ibanez Jem cukup popular di dunia.
  
4. Bentuk 'Les Paul'

Pemuzik berstatus legenda, mendiang Les Paul adalah seorang gitaris hebat dalam muzik jazz, country dan juga irama blues. Memperkenalkan banyak teknik dalam permainan gitar dan rakaman muzik, salah satu legasi Les Paul yang masih kekal sehingga ke hari ini adalah gitar berbentuk Les Paul, yang dikeluarkan oleh syarikat Gibson.

les paul full
Dibangunkan dengan kerjasama syarikat Gibson dengan Les Paul, yang ketika itu sudah terkenal gemar melakukan inovasi pada gitar serta seorang pereka gitar yang handal - Gibson Les Paul mengalami jualan tidak memberangsangkan sehinggakan memerlukan satu model lain dibentuk bagi menyelesaikan permintaan orang ramai iaitu Gibson SG. Ekoran Keith RIchards daripada kumpulan Rolling Stones mula menggunakan gitar tersebut dalam konsert serta populariti Rolling Stones - gitar Les Paul kembali menjadi pilihan ramai dan bentuk ikonik itu terus dikekalkan sehingga ke hari ini. Antara pemain gitar terkenal yang setia dengan Les Paul adalah Slash, Jimmy Page dan Zakk Wylde.
  
5. Bentuk 'SG'

Bentuk 'SG' atau 'Solid Guitar' diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada model Les Paul tanpa kerjasama antara Gibson dan Les Paul. Ini membuatkan nama Les Paul tidak dapat digunakan pada model ini. Les Paul sendiri kurang gembira melihat rekaan SG yang tidak kena dengan seleranya.

sgshcch1 finish shot3
Mula dijual pada tahun 1963, model SG mempunyai badan yang lebih ringan berbanding model Les Paul serta lebih mudah untuk dimainkan, ekoran akses kepada leher gitar yang lebih mudah. SG dikatakan mempunyai perwatakan gitar yang versatil, serta sesuai untuk pelbagai jenis muzik dan lebih mudah dikawal berbanding Les Paul, namun model Les Paul tetap menjadi model paling laris dalam barisan model keluaran syarikat Gibson.
Model SG cukup sinonim dengan artis legenda Frank Zappa, vokalis kumpulan Radiohead, Thom Yorke dan gitaris kepada System of A Down, Daron Malakian.




No comments:

Post a Comment

A Brief History of the Guitar

A Brief History of the Guitar         by Paul Guy The guitar is an ancient and noble instrument, whose history can be traced bac...